lalaalala

Feb 16, 2012

Krabi oh Krabi!

Hallu semua !!!!!

Ok kita sambung entri pasal Krabi lagi... aritu pasal transport boleh refer sini kali ni I nak story pasal penginapan plak kat sana.

Selama 4 hari 3 malam, kitorang menginap di Chomphu Family Mansion, Ao Nang. Kecik je hotel ni tapi ok la tuk backpacker macam kitorg ni kan...just nak tido bg hilang penat je backpacker la sangat kan tak jauh sgt, tak dekat sgt dengan Pantai tapi still ok la dari korang menginap di Krabi town, takde apa2 kot. ada nite market je rasanya itupun malam minggu shaja, so nnt sape2 yang rasa nak datang ke Krabi sila pilih hotel area Ao Nang ok. Harga dalam RM300 = 3000 baht sebilik untuk 3 mlm, so semalam Rm100= 1000 baht sebilik. harga ni kitorang dapat dari agent sebab amik skali package 4 island & Phi-phi island tour (next entry) kalau korang pandai menawar boleh dapat lagi murah.

abaikan muka orang tak sabar nak mandi laut....

Hotel ni ada wifi free lagi..itu penting nak update status or check in kt mn nnt hahahaha ok poyo. bilik pn kemas jugak..ada tv, peti ais, bilik air pun besar, agak selesa..tapi korang tak boleh nak book sebilik pastu sumbat 4-5 orang skali. NO NO NO! sebilik hanya untuk 2 orang sahaja ok...klu budak kecik lain cerita lah. yang tak best takde swimming pool, baru berangan nak berenang2 dalam kolam dulu baru terjun ke laut haha tapi takpe air laut Krabi dah macam kolam renang, sama je jernihnya :) untuk yang nak honeymoon tu, I suggest book la hotel lain. mesti nak yang romantik2 sket kan... banyak je hotel-hotel lain yang ada honeymoon package.



but please3 hati2 dengan barang berharga korang sebab pekerja dia sangat tak boleh dipercayai.. duit kitorang hilang time tinggal dalam hotel. duit tu dalam kocek seluar je pn bukan dalam dompet.. nampak sangat diorang masuk bilik buat projek walhal dah sangkut di pintu do not disturb tak payah masuk lah. Terlupa nak amik duit dalam sluar tu, dah terkena nak buek lagu mana uhuu sebabkan duitku hilang so I suggestkn korang carilah hotel lain hahahaha bersepah lagi hotel lain dengan harga yang sama. Sepatutnya kitorang dapat rumah bungalow dengan rate yang sama tapi malam tu ada wedding plak so pekerja bungalow tu tak sempat nak kemas, itu yang dapat hotel ni. Next time cari hotel yang ada service peti simpanan. Selamat sket barang2 korang. Tak kan nak bawak semua barang time snorkeling kn.. kalau ada yang tolong tengokkan tak mengapalah, kang nak mandi hati tak senang tak best lah!

korang boleh tengok jugak hotel-hotel kat cni. Boleh buat perbandingan harga siap2 before korang book or kalau nak walk in pn dah tahu rate hotel berapa. Tak mahal mana pun nak dibandingkan dengan harga hotel kat Feringgi hhuuhu berganda2 bezanya. Hotel- hotel di Krabi ada time yg murah & mahal. Jangan pulak sebab nak rate murah korang pergi Krabi time musim hujan hahaha September - October rasanya. Memang time tu hrga hotel sangat2 murah sbb package island tour semua dibatalkan heh. Pandai-pandaila korang survey nnt :P

Stop sini dulu lah...nnt sambung pasal island trip plak. Chow!

4 comments:

Nini Mohd said...

bahaya jugak kalo hilang duit camtu ek.
nk tinggal barang berharga kat bilik pun tak senang hati.

http://ninimohd.blogspot.com

eyanne said...

itulah pasal! :(

isabella idura said...

Baru nk book hotel ni. Reject.

eyanne said...

hehhe silala book hotel len