lalaalala

Oct 31, 2011

Parkson Sale on 1.11.11

Parkson sale lagik untuk sesapa yang ada Parkson Elite Card. I xder... :( sapa ada pinjam pls.... huuhu

1 November 2011
Parkson Only Once – 1.11.11
A Once in a lifetime price – RM111

RM111 Each – with any storewide purchase with your Parkson Elite Card

Brands Offered

Calvin Klein
Clarins
Davidoff
Guess Bag
Issey Miyake
Kose
Paco Rabanne
Talika


Locations

Parkson KLCC
Parkson 1 Utama
Parkson Gurney Plaza

www.parkson.com.my

source : here

Jalan-jalan cari makan - edisi kecewa

Salam semua...

Semalam dalam operasi jalan-jalan cari makan di Pulau Aman sebab tergoda tengok udang, lobster & all seafood dalam my frennya FB & blog para blogger yang rajin update pasal makanan. Last minit decision. Asyik-asyik makan kt Paksu Juru je kalau kepingin nak makan mee udang or mee ketam so this time we decide nak try kt Pulau Aman plak. mesti lagi fresh kan sebab kita boleh pilih sendiri apa yang kita nak makan dari para nelayan kat situ. apa yang my fren bagi tahu lah tapi.... owh sedihnya...kitorang tak dapat makan pun semua tu! sob...sob... uhu... jauh tau dari kulim ke Pulau Aman... ceh! tak jauh mana pun benanya, sebab tak tahu jalan & tak penah pergi tu yang rasa jauh tu haha

Kitorang gerak pun dah tengari sebab tak plan pun asalnya nak ke sana semalam... asalnya nak bawak my BFF, Dekna jalan2 sbb besday beliau semalam tapi tak dapat join atas sbb2 tertentu. mesej org ni, mesej org tu, last2 cukup kuota 4 org yang nak pergi sana ehhe kitorg sampai sana dalam kul 1 lebih - 2pm, ticket bot ke sana RM6 shaja pergi balik. murah je sebab dekat. Nak berenang pun bleh kot haha ok over mau tercabut tangan nnt

Ticket bot RM6 + parking kete RM2, total RM8. still murah kn? :)

Sampai2 je tengok ramainye orang... nak2 ada satu je restoran kat ctu. Dalam hati ada lagi ke makanan? memang betul la semuanya dah habis! frust tul la.. tak dapat nak makan lobster yg besar tu...

Pic ni I cilok dr FB kwn I yang pergi sana haritu :P besar2 kan? ruginya kitorg tak dapat makan semua tu T____T

Makanan yg tinggal just mee/kuey teow udang kuah & mee/kuey teow goreng udang je. Nasi goreng pun dah habis daa... sian kan kt kitorang uhuk!

pic from my instagram. Udang dia sgt fresh! sedap!

ole-ole yg boleh dibeli dr sana

muka frust tak dapat makan best! haaha jalan2 ke jeti baru kt ctu tapi under renovation... frust lagi! :(

with Fara

I was here & I'll come again!


waktu balik dari Pulau Aman, singgah sebentar makan Tutti Frutti di Juru Autocity! yummy2!




Pas makan Tutti Frutti, mahu pekena laksa plak kat Laksa Houz di Cherok Tokkun tapi malangnya tutup plak....kecewa lagi....tuka plan ke La Cosena Taman Selasih Kulim, tutup juga...kecewa untuk kesekian kalinya... and last choice Pizza Hut sahaja mahu cuba pizza cheese yang baru tu TAPI kecewa juga sebab cepat muak, banyak sangat chesse... semuanya kecewa je kecuali Tutti Frutti! :P

Sekian....

Oct 27, 2011

Boss's wedding

Salam...

Sementara dok tunggu Mr Pablo habis meeting baik I update blog kan... tah kul brapa nak abis daa..kang kena berbuka di opis je nampak gayanya :(

Hari Sabtu Lepas I attend wedding reception Pablo's boss, Mr Chin Chuan kat Safira Country Club Penang. He's not my boss haha I tak pernah satu projek dengan Chin Chuan pun apatah lagi bekerja dengan beliau. Sbb Pablo pernah bekerja dgn beliau so I pun dapat ikut sekali la hehe for 2nd time I pergi chinese wedding. 1st time dulu my opismate wedding. Lupa nak update pasal wedding beliau.

Kita layan picca yang tak seberapa ni... kitorg dapat seat belakang sekali so tak banyak pic pengantin la haaha malas nak berjalan ke depan amik gambar. Pic yang ada pun tak brapa nak jadi...layan je la :P

before masuk dewan kitorang berposing dulu lah..

the bride & groom

Me & Mr Pablo

opismate

Abaikan meja kitorang yang bersepah tu haha

Tersama kaler baju plak ngn Roy. tak plan pun...

Ratu kebaya Cik Selamah

Antara makanan yang di hidangkan...total 7-8 makanan rasanya. tak sempat nak snap semua. Kitorang tak nyempat2 nak makan haha sedap juga la.

Sekian....

kisah sedih...

Salam semua...

tak tahu nak kongsi cerita apa..mood tunggang langgang hari ini sebab application dalam fon semua hilang! arghh.. tensen jap tapi salah sendiri jugak tak sync dulu awal2 ha baru padan muka sendiri uhu... bijok sungguh!

Gara-gara nak upgrade punya pasal jadi macam ni la.... upgrade plak dah tengah malam. ngantok! ingatkan kejap rupanya amik masa la jugak. nak siap cepat2 alih2 semua hilang... contact number, picture, notes, semua application... dah macam baru beli fon baru je...apa pun takdak hahaha sampai tak boleh tido la trus hilang ngantuk! terpaksa redha je lah tapi sempat donlod FB & twitter dulu haha

Pagi-pagi bangun tuk sahur, saya berpuasa hari ini, posa ganti mcm biasa :P terus fikir pasal fon bukan fikir nak makan apa ahaha suruh Mr Pablo ON laptop sementara aku p goreng telur kat dapur hehe Pablo dah request nak makan roti telur tuk sahur malam tu... I sempat makan sekeping roti sapu coklat je sebab dok pikir pasal fon...nak bagi ada balik contact no semua.. harap-harap perut ni dapat bertahan sampai petang kang... jangan berdisco plak uhu...

Fuhh! Nasib baik pas I sync ngn Itunes semua tu ada balik, pic, notes but application all gone! sedey jap tapi xpela kan dari semua tak ada...application leh donlod balik tapi mood tak ada nak donlod semua2 tu....nanti2 je lah....

Selingan kejap, semalam I ikut Pablo pegi kendri kt Sungai Petani, kawan satu U and I suka plak tengok bunga telur ni, comel plak walaupn simple je benanya. Sapa yang merenjis pengantin dapatla bunga telur ni so I pn suruhla Pablo pergi merenjis, dia tak mau plak. Sedih! dahla goodie bag pn I tak dapat tau...laki je dapat :(

Ni la picnya...malu nak p amik pic dekat2 so zoom je..xleh nak amik pic cantik2 hehe kaler pun sweet je..I suka la :) Bleh DIY nnt tapi tuk sapa tah la hahaha

Sekian....

Oct 6, 2011

Wedding dress on sale!

Salam semua....

Bukan aku nak jual baju kawen aku pn, sbb aku pun sewa je hahaha tapi Sapa2 yang belum kawen & nak kawen ni pergi la beli wedding dress LYNDA RAHIM tengah ada sale u'ols on 7th, 8th and 9th Ocotber 2011. 50% diskaun. Saja tolong promote haha sebab aku dah terlepas peluang ni kan so just berkongsi dengan rakan2 blogger yang tengah cari baju kawen...mesti ramai yang dh tahu tapi maybe ada yang tak tahu jugak kan? Oh jeles! Semua cantik2! kalau beli kain chiffon sndri pun dah mahal kot plus cost upah lagi. Beli yang macam dress nanti boleh pakai time dinner ke apa ke kn hahah tak pun pas pakai korang jual je lah kalau tak mahu simpan untuk anak cucu hahaha :P

Malas nak tepek pic kat sini. Sapa2 yang rasa nak beli or cuci mata leh tengok kat sini

Sekian

Oct 4, 2011

Bila kita....

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI Bila jadi baik, ORANG MELUAT Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?" Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR' Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!" Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?" Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?" Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.

Terbaca dari FB rakan sebentar tadi dan rasa ingin berkongsi di sini...

Oct 3, 2011

Anugerah Terindah....

Salam semua....

Asal balik kampung je mesti dapat pertanyaan dah ada isi belum? sambil pegang2 perut I yang kerempeng ni bila nak berisi pun entah la... rimas pun ada kadang2 tapi aku tahu ramai yang mendoakan aku cepat2 dapat baby kan.. :) Amin!

Tahun ni ramai betul yang dapat baby... bagus betul dapat baby di bulan yang baik & barakah, Ramadhan & Syawal....semoga menjadi ank yang soleh/solehah. mak pak la paling suka anak dapat hadiah & duit raya sekali :P

My Sis in law pun baru dapat anak kedua. Anak lelaki. Yang pertama perempuan, so dah cukup sepasang. Aku pun tumpang happy la walaupun anak sedara je. Wan Qayyum Hakimi Wan Hazman & Wan Humayra Najiha Wan Hazman.

Sama tak muka mereka berdua? Kakak & adik. Sikit punya susah nak amik pic mereka berdua ni. Si Kakak maybe tak dapat terima kenyataan dia sudah ada adik...pasni terpksa berkongsi dengan adik la...tak boleh nak manja2 sangat lagi. Jeles la kan...

Baru berusia 2hari time pic ni di amik

My officemate Eppa&Eppi pun baru dapat baby pertama mereka. Comel sungguh Anis Kaisah An Nasuha betul ke eja/nama ni?


Pic Nasuha banyak tapi kebanyakkn nye tak berapa nak jadi sebab Nasuha asyik gerak2 huuhu Tunggu besar sikit la baru amik pic banyak2 lagi.. lagipun sekarang ni Ibu& baby ada di Johor.

Tetiba mahu anak sendri plak :P Time cari hadiah untuk baby pun rasa excited. Baju baby sgt comey. Geram & rambang mata. Kalau boleh semua nak beli hohoho


Baby Hakimi, tunggu auntie Yan balik ipoh baru dapat hadiah ok... Kakak Yaya pun ada sekali, kang terasa pulak lagi huuhu

Sekian....