lalaalala

Dec 20, 2011

Atikah's Wedding...

Salam semua....

dah lama tak tulis blog ni... banyak citer nak kongsi tapi tak tahu nak mula dari mana huhu... asik tulis title je pastu dok dlm draft lama2 sampai lupa heh!

December mesti banyak jemputan kenduri kawen kan... aku pun dapat banyak undangan tapi tak dapat nak pergi semua atas mcm2 sebab... kena kerja..mak mertua masuk spital... opah sakit.. macam2 hal.... semua tak dapat nak dielakkan... sorry sangat2 kepada kawan2 yang jemput tp aku tak dapat pergi.. sob..sob.. sedih tau.. aku suka pergi kenduri kawen ni... terasa macam nak bersanding lagi skali haha tapi dengan org yg sama lah! :P

3 Dec lepas aku sempat pergi kendri kawen one of my TARP fren, Atikah. She's very gorgeous that day! Baju cantik w/pn simple, mekap cantik, pelamin cantik, for me semua cantik lah...

Props & guest book... klu ramai member time tu msti dh byk pic ni... posing sakan la kn tapi aku tak bleh lama2 pn sebab nak balik ipoh pas kendri tu..

Pelamin & meja beradap..

with Anis lama tak jumpa kot.. histeria jap bila jumpa haritu haha

with Anis & Marina. Dgn Marina lagi la lama tak jumpa.. kebetulan makan satu meja, borak2 baru teringat balik... nasib ingatan masih kuat haha

bergambar dengan pengantin! pic wajib!


TO ATIKAH & AZMI, SELAMAT PENGANTIN BARU! SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT...

& TAK LUPA UNTUK FARAH & HAZWAN, ESMAL & WIFE, ROHAIZAH & HUSBAND, MAHANI & HUSBAND

CONGRATULATION & SELAMAT PENGANTIN BARU!

sorry again tak dapat join majlis korang semua T____T

Dec 15, 2011

Photographer

Salam semua...

Sesiapa yang tengah mencari photographer tu jangan lepaskan peluang ini... cewah mcm promote bisnes sendiri je :P

Ministry of Moment buat year end sale!

Ministry Of Moment
Year End Sale 2011
1 event RM1k only,
Full coverage,
No out station fee,

We will call to arrange appointment or contact us for appointment +60391710707 . Customers must come to our studio to qualify for book this package [ no quotation request ]

Fill up the INQUIRY FORM tq or email : inquiry@ministryofmoment.com

GRAB IT!! this promotion lasts until 31 Dec 2011.


p/s: cmne nak bg center ek? dh xbleh dh....

Suka pic2 mereka.... tapi sy xmampu nak hire kalau xdak promo ni haha...

Antara pic dr mereka...just random pick





Cantik kan???

Kepada semua B2B yang tgh cari OP tu leh la tgk2 pic di sini & grab peluang yang ada ni ok...

Sekian!

Nov 1, 2011

Auto City Juru Penang

Bila kita ke shopping complex tanpa membawa duit, boleh berjimat kan? :P walaupun mesin atm belambak kat situ tapi still boleh bagi alasan ala malas la nak pergi kua duit..nak kena turun bawah or etc... & boleh guna alasan pinjam duit u dulu la bleh? selalunya pinjam duit Mr Pablo la ehe pas guna selalu tak payah bayar balik, Pablo akan cakap I belanja je la RM50 ke bawah sahaja ye

Tapi kalau dah 2-2 tak bawa duit cmne? 2-2 la berjimat haha tapi makan hati la tengok barang jualan tapi tak boleh nak beli. Itula yang aku rasa time pergi Autocity Juru pas pekena nasi ketam kat Paksu Juru. kat sana pun banyak bank, boleh kata semua bank ada tapi cimb tak ada. pelik btul. Sebab takut tergoda nak beli macam2 kat sana,aku pun snap pic je la.. tak boleh nak masuk kedai belek-belek handbag, cari phone case, baju, kasut & macam2 la...kat situ mcm flea market + butik + restoran + bank + pusat kereta mewah & tak mewah :P nak tahu lebih pasal Autocity korang google la sendiri :P

source : here

Antara pic yang aku sempat snap...tak edit pun just buat collage.




tipu la klu tak beli apa2 kan haha tu pun selepas check duit dalam beg dulu. sadis tul. So dapat la getah rambut & ring! hepy jugak :)

Geng opismate.

Sekian....

Oct 31, 2011

Parkson Sale on 1.11.11

Parkson sale lagik untuk sesapa yang ada Parkson Elite Card. I xder... :( sapa ada pinjam pls.... huuhu

1 November 2011
Parkson Only Once – 1.11.11
A Once in a lifetime price – RM111

RM111 Each – with any storewide purchase with your Parkson Elite Card

Brands Offered

Calvin Klein
Clarins
Davidoff
Guess Bag
Issey Miyake
Kose
Paco Rabanne
Talika


Locations

Parkson KLCC
Parkson 1 Utama
Parkson Gurney Plaza

www.parkson.com.my

source : here

Jalan-jalan cari makan - edisi kecewa

Salam semua...

Semalam dalam operasi jalan-jalan cari makan di Pulau Aman sebab tergoda tengok udang, lobster & all seafood dalam my frennya FB & blog para blogger yang rajin update pasal makanan. Last minit decision. Asyik-asyik makan kt Paksu Juru je kalau kepingin nak makan mee udang or mee ketam so this time we decide nak try kt Pulau Aman plak. mesti lagi fresh kan sebab kita boleh pilih sendiri apa yang kita nak makan dari para nelayan kat situ. apa yang my fren bagi tahu lah tapi.... owh sedihnya...kitorang tak dapat makan pun semua tu! sob...sob... uhu... jauh tau dari kulim ke Pulau Aman... ceh! tak jauh mana pun benanya, sebab tak tahu jalan & tak penah pergi tu yang rasa jauh tu haha

Kitorang gerak pun dah tengari sebab tak plan pun asalnya nak ke sana semalam... asalnya nak bawak my BFF, Dekna jalan2 sbb besday beliau semalam tapi tak dapat join atas sbb2 tertentu. mesej org ni, mesej org tu, last2 cukup kuota 4 org yang nak pergi sana ehhe kitorg sampai sana dalam kul 1 lebih - 2pm, ticket bot ke sana RM6 shaja pergi balik. murah je sebab dekat. Nak berenang pun bleh kot haha ok over mau tercabut tangan nnt

Ticket bot RM6 + parking kete RM2, total RM8. still murah kn? :)

Sampai2 je tengok ramainye orang... nak2 ada satu je restoran kat ctu. Dalam hati ada lagi ke makanan? memang betul la semuanya dah habis! frust tul la.. tak dapat nak makan lobster yg besar tu...

Pic ni I cilok dr FB kwn I yang pergi sana haritu :P besar2 kan? ruginya kitorg tak dapat makan semua tu T____T

Makanan yg tinggal just mee/kuey teow udang kuah & mee/kuey teow goreng udang je. Nasi goreng pun dah habis daa... sian kan kt kitorang uhuk!

pic from my instagram. Udang dia sgt fresh! sedap!

ole-ole yg boleh dibeli dr sana

muka frust tak dapat makan best! haaha jalan2 ke jeti baru kt ctu tapi under renovation... frust lagi! :(

with Fara

I was here & I'll come again!


waktu balik dari Pulau Aman, singgah sebentar makan Tutti Frutti di Juru Autocity! yummy2!




Pas makan Tutti Frutti, mahu pekena laksa plak kat Laksa Houz di Cherok Tokkun tapi malangnya tutup plak....kecewa lagi....tuka plan ke La Cosena Taman Selasih Kulim, tutup juga...kecewa untuk kesekian kalinya... and last choice Pizza Hut sahaja mahu cuba pizza cheese yang baru tu TAPI kecewa juga sebab cepat muak, banyak sangat chesse... semuanya kecewa je kecuali Tutti Frutti! :P

Sekian....

Oct 27, 2011

Boss's wedding

Salam...

Sementara dok tunggu Mr Pablo habis meeting baik I update blog kan... tah kul brapa nak abis daa..kang kena berbuka di opis je nampak gayanya :(

Hari Sabtu Lepas I attend wedding reception Pablo's boss, Mr Chin Chuan kat Safira Country Club Penang. He's not my boss haha I tak pernah satu projek dengan Chin Chuan pun apatah lagi bekerja dengan beliau. Sbb Pablo pernah bekerja dgn beliau so I pun dapat ikut sekali la hehe for 2nd time I pergi chinese wedding. 1st time dulu my opismate wedding. Lupa nak update pasal wedding beliau.

Kita layan picca yang tak seberapa ni... kitorg dapat seat belakang sekali so tak banyak pic pengantin la haaha malas nak berjalan ke depan amik gambar. Pic yang ada pun tak brapa nak jadi...layan je la :P

before masuk dewan kitorang berposing dulu lah..

the bride & groom

Me & Mr Pablo

opismate

Abaikan meja kitorang yang bersepah tu haha

Tersama kaler baju plak ngn Roy. tak plan pun...

Ratu kebaya Cik Selamah

Antara makanan yang di hidangkan...total 7-8 makanan rasanya. tak sempat nak snap semua. Kitorang tak nyempat2 nak makan haha sedap juga la.

Sekian....

kisah sedih...

Salam semua...

tak tahu nak kongsi cerita apa..mood tunggang langgang hari ini sebab application dalam fon semua hilang! arghh.. tensen jap tapi salah sendiri jugak tak sync dulu awal2 ha baru padan muka sendiri uhu... bijok sungguh!

Gara-gara nak upgrade punya pasal jadi macam ni la.... upgrade plak dah tengah malam. ngantok! ingatkan kejap rupanya amik masa la jugak. nak siap cepat2 alih2 semua hilang... contact number, picture, notes, semua application... dah macam baru beli fon baru je...apa pun takdak hahaha sampai tak boleh tido la trus hilang ngantuk! terpaksa redha je lah tapi sempat donlod FB & twitter dulu haha

Pagi-pagi bangun tuk sahur, saya berpuasa hari ini, posa ganti mcm biasa :P terus fikir pasal fon bukan fikir nak makan apa ahaha suruh Mr Pablo ON laptop sementara aku p goreng telur kat dapur hehe Pablo dah request nak makan roti telur tuk sahur malam tu... I sempat makan sekeping roti sapu coklat je sebab dok pikir pasal fon...nak bagi ada balik contact no semua.. harap-harap perut ni dapat bertahan sampai petang kang... jangan berdisco plak uhu...

Fuhh! Nasib baik pas I sync ngn Itunes semua tu ada balik, pic, notes but application all gone! sedey jap tapi xpela kan dari semua tak ada...application leh donlod balik tapi mood tak ada nak donlod semua2 tu....nanti2 je lah....

Selingan kejap, semalam I ikut Pablo pegi kendri kt Sungai Petani, kawan satu U and I suka plak tengok bunga telur ni, comel plak walaupn simple je benanya. Sapa yang merenjis pengantin dapatla bunga telur ni so I pn suruhla Pablo pergi merenjis, dia tak mau plak. Sedih! dahla goodie bag pn I tak dapat tau...laki je dapat :(

Ni la picnya...malu nak p amik pic dekat2 so zoom je..xleh nak amik pic cantik2 hehe kaler pun sweet je..I suka la :) Bleh DIY nnt tapi tuk sapa tah la hahaha

Sekian....

Oct 6, 2011

Wedding dress on sale!

Salam semua....

Bukan aku nak jual baju kawen aku pn, sbb aku pun sewa je hahaha tapi Sapa2 yang belum kawen & nak kawen ni pergi la beli wedding dress LYNDA RAHIM tengah ada sale u'ols on 7th, 8th and 9th Ocotber 2011. 50% diskaun. Saja tolong promote haha sebab aku dah terlepas peluang ni kan so just berkongsi dengan rakan2 blogger yang tengah cari baju kawen...mesti ramai yang dh tahu tapi maybe ada yang tak tahu jugak kan? Oh jeles! Semua cantik2! kalau beli kain chiffon sndri pun dah mahal kot plus cost upah lagi. Beli yang macam dress nanti boleh pakai time dinner ke apa ke kn hahah tak pun pas pakai korang jual je lah kalau tak mahu simpan untuk anak cucu hahaha :P

Malas nak tepek pic kat sini. Sapa2 yang rasa nak beli or cuci mata leh tengok kat sini

Sekian

Oct 4, 2011

Bila kita....

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI Bila jadi baik, ORANG MELUAT Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?" Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR' Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!" Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?" Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?" Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.

Terbaca dari FB rakan sebentar tadi dan rasa ingin berkongsi di sini...

Oct 3, 2011

Anugerah Terindah....

Salam semua....

Asal balik kampung je mesti dapat pertanyaan dah ada isi belum? sambil pegang2 perut I yang kerempeng ni bila nak berisi pun entah la... rimas pun ada kadang2 tapi aku tahu ramai yang mendoakan aku cepat2 dapat baby kan.. :) Amin!

Tahun ni ramai betul yang dapat baby... bagus betul dapat baby di bulan yang baik & barakah, Ramadhan & Syawal....semoga menjadi ank yang soleh/solehah. mak pak la paling suka anak dapat hadiah & duit raya sekali :P

My Sis in law pun baru dapat anak kedua. Anak lelaki. Yang pertama perempuan, so dah cukup sepasang. Aku pun tumpang happy la walaupun anak sedara je. Wan Qayyum Hakimi Wan Hazman & Wan Humayra Najiha Wan Hazman.

Sama tak muka mereka berdua? Kakak & adik. Sikit punya susah nak amik pic mereka berdua ni. Si Kakak maybe tak dapat terima kenyataan dia sudah ada adik...pasni terpksa berkongsi dengan adik la...tak boleh nak manja2 sangat lagi. Jeles la kan...

Baru berusia 2hari time pic ni di amik

My officemate Eppa&Eppi pun baru dapat baby pertama mereka. Comel sungguh Anis Kaisah An Nasuha betul ke eja/nama ni?


Pic Nasuha banyak tapi kebanyakkn nye tak berapa nak jadi sebab Nasuha asyik gerak2 huuhu Tunggu besar sikit la baru amik pic banyak2 lagi.. lagipun sekarang ni Ibu& baby ada di Johor.

Tetiba mahu anak sendri plak :P Time cari hadiah untuk baby pun rasa excited. Baju baby sgt comey. Geram & rambang mata. Kalau boleh semua nak beli hohoho


Baby Hakimi, tunggu auntie Yan balik ipoh baru dapat hadiah ok... Kakak Yaya pun ada sekali, kang terasa pulak lagi huuhu

Sekian....

Sep 22, 2011

open house

Salam...

Lebih kurang seminggu lagi Syawal bakal berakhir kan...mksdnya raya dah nak abis :(
How's ur raya? Sape yang dok area KL msti best kan sebab every week ada open house. Meriah sungguh! Kat cni tak banyak sangat la tapi still best jgk. Musim kenduri kawen sekali. Dapat makan FREE! hee...

Last 2 week aku pun buat open house jugak. Merasa jugak buat kenduri di rumah sendri. Baru 3 bulan kitorg duduk. Kalau ada rezeki mahu buat kendri doa selamat nanti.. InsyaAllah...

Main dishes adalah Nasi tomato & Mee Bandung Muar! Tukang masak of coz la import hahaha I tak pandai masak Mak Ayah yang tolong masak uhu Mee bandung Abang Bob@ opismate yang masakkan....special rempah dari Muar. Super sedap! Sekali ngn ayam BBQ... Makanan sampingan pun banyak sumbangan dari rakan-rakan opis... TQ semua!





Orang kuat open house @abg Bob (baju itam)

Antara tetamu yang paling awal datang... ramai jugak yang datang hari tersebut. Nasib makanan semua cukup. HAPPY! Tapi sedikit terkilan tak amik pic banyak2 sebab camera 'hilang' sekejap haha tak tahu letak mana time ramai tetamu datang rumah. Lagipun sibuk melayan diorang kan... malam baru jumpa balik camera uhu


Terima Kasih semua yang sudi datang memeriahkan open house kami kali ini.... InsyaAllah kalau panjang umo n murah rezeki kami buat lagi hahha

Sep 14, 2011

Geram!

Streamyx bengong malam ni! Nak sambung buat kerja pun tak boleh ni... Dahla sok kja halfday je bila nak siap la... Nak update pasal open house pun tak dapat ni :(

Rasa nak makan tutti frutti sekarang!

berinai

Salam semua...

Last Thursday aku tolong inaikan my opismate @Atiqah... ingatkan beliau nak lukis2 bagai, tapi rupa-rupanya nak taruk di hujung jari je... I punya excited nak lukiskan hahaha beliau sudah bernikah beberapa bulan yang lps i tak ingt Sabtu lepas kenduri sambut menantu plak di Perak... tapi aku tak dapat menghadirkan diri plak ats sbb busy nak buat preparation untuk open house esoknya... akan di update di lain entry

inilah hasilnya.... cuba teka yang mana satu tangan pengantin? tangan aku tiada dalam gambar.. harap maklum :P aku tukang boh inai je hehe opismate aku sorg lagi, @Atun pun teringin berinai, so aku pn lukiskan sekali... aku tak pandai sgt pn tapi mereka berani mempertaruhkan jari mereka hahaha



cmne inai time aku kawen dulu? aku pun pakai simple je...kat hujung jari jgk... my Tok tolong gilingkan...my makcik tolong pakaikn...aku pakai kejap je, dalam sejam lebih sbb mata dah ngantuk time tu....kang ada inai yang melekat kt muka plak kalau pakai time tido hehe



Corak kt tengah tu aku decide nak lukis lepas terpengaruh dgn pengapit aku time jalan2 kat India street kt Penang... Pengapit mengalahkan pengantin ok haha aku suruh orang tu lukis kecik2 je tapi dah jadi satu tapak tangan dah... frust jap tp dh buat redha je la... dari padam, trus tak elok jadinya...dahla corak tak sama, baik aku lukis corak sendri je... agak menyesal jgk :(


inai di kaki, Kak Ina dari butik pengantin yang lukiskan sbb termasuk package pelamin skali. kalau tak amik mcm rugi la kan...tangan mmg aku tak nak lukis asalnya sbb tu akak tu lukis di kaki je...


ada sape2 nak hire aku lagi tak pasni? hahaha